PEMANDULAN / NEUTER

PANDUAN PEMANDULAN/ NEUTER


Pemandulan atau
NEUTER adalah proses atau pembedahan yang dilakukan bagi mengawal pembiakan kucing.

PEMANDULAN UNTUK JANTAN

  • Pemandulan JANTAN melibatkan pembuangan gonad JANTAN atau  testis(telur)
  • Kos RM 100.00  se-ekor
  • Kos adalah tertakluk pada kes normal SAHAJA
  • Cas tambahan akan dikenakan pada kes-kes seperti
  • Cryptochidism~~keadaan di mana salah satu atau kedua-dua gonad atau testus tidak berada didalam kamtung /scrotum.
  • Orchitis/Epididymitis – jangkitan kuman pada gonad atau testis
  • Lain-lain komplikasi
  • Cas bagi kes- kes seperti ini di antara RM 150 ke atas, bergantung kepada keadaan kes tersebut.


PEMANDULAN UNTUK BETINA

  • Pemandulan BETINA melibatkan pembuangan sistem pembiakan BETINA, termasuk gonad BETINA atau ovari
  • Kos RM 150.00  se-ekor
  • Kos adalah tertakluk pada kes normal SAHAJA
  • Cas tambahan akan dikenakan pada kes-kes seperti
      • Pyometra – jangkitan kuman pada rahim
      • Cystic Ovary
      • Early Pregnancy* – Kehamilan / Bunting awal
        * kami menerima pemandulan bagi “early pregnancy” – anggaran umur kandungan kurang dari 3minggu.
      • Lain-lain komplikasi
  •  Cas bagi kes- kes seperti ini di antara RM 180 ke atas, bergantung kepada keadaan kes tersebut.

Prosedur

  • Pertama sekali anda perlulah membuat temujanji/appoinment dengan pihak kami untuk membuat temujanji
    • sila rujuk jadual kami disini
    • dan hubungi kami di sini 03 78461659 atau 01723958247
  • Syarat-syarat kucing untuk di NEUTER
    • Mestilah SIHAT  – bebas dari penyakit
    • Tidak menjalani sebarang rawatan 
      • contohnya; sedang dirawat kerana masalah cirit birit
    •  TIDAK datang BIANG atau on-heat bagi kucing BETINA
      • untuk mengelakkan komplikasi pendarahan semasa pembedahan
    • Tidak BUNTING
      • bunting peringkat awal / early pregnancy , kurang dari 3 minggu masih diterima
    • Bagi KUCING YANG BARU BERANAK 
      • anak mati semua —BOLEH terus di NEUTER
      • anak hidup – TUNGGU sehingga anak sekurang-kurangnya berumur 2 bulan atau anak pandai makan sendiri.
    • Mendapatkan rawatan kutu /deflea
    • Sebaiknya kucing telah mendapatkan suntikan imunisasi

  • PERSEDIAAN KUCING ANDA
    • kucing perlu DIPUASAKAN bererti
      • tidak makan bermula 12.00 malam sebelumnya 
      • tidak minum bermula 6.00 pagi 
    • Ini PENTING bagi mengelakkan komplikasi sewaktu pembedahan  
    • sekiranya anda rasa SUKAR untuk puasakan dirumah, anda digalakkan untuk menghantar kucing anda sehari sebelum- cas tambahan RM15.00 akan dikenakan 
    • kucing yang tidak dipuasakan, akan dijadualkan prosedur untuk esok – cas tambahan RM15.00 akan dikenakan 
    • HANTAR ke klinik SEBELUM jam 12.00 tengah hari, supaya anda boleh mengambilnya semula jam 5.30 petang 
    • kucing yang dihantar SELEPAS jam 12.00 tengah hari, TIDAK boleh ambil pada hari yang sama.  ambil keesokkan hari-cas tambahan RM15.00 akan dikenakan
  • PENJAGAAN SELEPAS PEMANDULAN NEUTER (PEMBEDAHAN)
    • Sekiaranya anda ambil pada HARI YANG SAMA, dan kucing and masih dibawah pengaruh ubat BIUS, SILA
      • pastikan kucing diletakkan didalam sangkar secara sendirian 
        • seekor satu sangkar — tidak bercampur dengan kucing lain 
        • ini bagi mengelakkan pergaduhan
      • tidak memberi MAKAN / MINUM sehingga benar benar pulih 100%
        • untuk mengelakan komplikasi
        • DINASIHATKAN sehingga keesokkan hari
    • Kucing JANTAN TIADA penjagaan khusus
      • kucing JANTAN boleh bermain dan kembali seperti biasa
    • Kucing BETINA memerlukan penjagaan khusus
      • Perlu dihadkan pergerakan, sebaiknya di kurung dalam sangkar
      • Memberi ubat selama 5 hari – seperti yang dinasihatkan oleh Doktor.
      • Memastikan bekas jahitan kering dan bersih

Cara memberi makan ubat boleh didapatkan di sini (akan datang)
Ini adalah garis panduan kami , ia mungkin berbeza dangan Klinik Haiwan lain.
Segala kemusykilan sila hubungi kami di sini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *