Mobile Apps : Dr Kucing

Hi pemilik kucing di luar sana…

Kami dengan berbesar hati ingin mewarwarkan kepada anda semua tentang mobile apps Dr Kucing.

Alhamdulillah atas bantuan serta  tunjuk ajar dari pihak SME CLOUD Malaysia kami berjaya melahirkan sebuah aplikasi telefon bimbit bagi pemilik dan penggemar kucing.

Sesuai dengan peredaran zaman teknologi , segala informasi dihujung jari, aplikasi yang diberi nama Dr Kucing bertujuan untuk memberi Info Kesihatan serta Tips Penjagaan kepada pemilik kucing.

Innsyaallah dari semasa ke semasa lebih banyak info akan dikongsikan kepada pemilik apliokasi ini.

Bagaimana nak install ? Mudah sahaja 
Buat masa ini aplikasi Dr Kucing hanya boleh digunakan oleh pengguna Android sahaja.

KAEDAH PERTAMA : Play Store 

Pergi ke “Play store” di telefon anda
Kemudian taip “DrKucing” pada ruang carian
kemudian “Install”
KAEDAH KEDUA : Scan QR code

Scan QR code di bawah
tetapi anda terlebih dahulu perlu mempunyai QR scanner

PROMOSI

PROMOSI / TAWARAN
 
TAWARAN 1 : 

Dapatkan PERCUMA 
1 scoop litter / penyodok pasir 
dan
1 beg Catit Litter / pasir tandas 
dengan setiap pembelian tandas kucing dari brand Catit
sila sms HOODED ke 0122395925 untuk maklumat lanjut

SEMENTARA STOK MASIH ADA

TAWARAN 2 : 

Dapatkan 
1 botol Bacoff Pet Area All purpose
dan
1 botol Bacoff Pet Area Sanitizing Deoderiser 
dengan harga RM35.00

Jimat RM4.80
Harga asal RM19.90 sebotol
sila sms bacoff ke 0122395925 untuk maklumat lanjut

SEMENTARA STOK MASIH ADA

 
PROMOSI eSHOP :

PENGHANTARAN PERCUMA BAGI SETIAP PEMBELIAN RM 50.00 ke ATAS
 
 
TQ

 

PEMANDULAN / NEUTER

PANDUAN PEMANDULAN/ NEUTER


Pemandulan atau
NEUTER adalah proses atau pembedahan yang dilakukan bagi mengawal pembiakan kucing.

PEMANDULAN UNTUK JANTAN

  • Pemandulan JANTAN melibatkan pembuangan gonad JANTAN atau  testis(telur)
  • Kos RM 100.00  se-ekor
  • Kos adalah tertakluk pada kes normal SAHAJA
  • Cas tambahan akan dikenakan pada kes-kes seperti
  • Cryptochidism~~keadaan di mana salah satu atau kedua-dua gonad atau testus tidak berada didalam kamtung /scrotum.
  • Orchitis/Epididymitis – jangkitan kuman pada gonad atau testis
  • Lain-lain komplikasi
  • Cas bagi kes- kes seperti ini di antara RM 150 ke atas, bergantung kepada keadaan kes tersebut.


PEMANDULAN UNTUK BETINA

  • Pemandulan BETINA melibatkan pembuangan sistem pembiakan BETINA, termasuk gonad BETINA atau ovari
  • Kos RM 150.00  se-ekor
  • Kos adalah tertakluk pada kes normal SAHAJA
  • Cas tambahan akan dikenakan pada kes-kes seperti
      • Pyometra – jangkitan kuman pada rahim
      • Cystic Ovary
      • Early Pregnancy* – Kehamilan / Bunting awal
        * kami menerima pemandulan bagi “early pregnancy” – anggaran umur kandungan kurang dari 3minggu.
      • Lain-lain komplikasi
  •  Cas bagi kes- kes seperti ini di antara RM 180 ke atas, bergantung kepada keadaan kes tersebut.

Prosedur

  • Pertama sekali anda perlulah membuat temujanji/appoinment dengan pihak kami untuk membuat temujanji
    • sila rujuk jadual kami disini
    • dan hubungi kami di sini 03 78461659 atau 01723958247
  • Syarat-syarat kucing untuk di NEUTER
    • Mestilah SIHAT  – bebas dari penyakit
    • Tidak menjalani sebarang rawatan 
      • contohnya; sedang dirawat kerana masalah cirit birit
    •  TIDAK datang BIANG atau on-heat bagi kucing BETINA
      • untuk mengelakkan komplikasi pendarahan semasa pembedahan
    • Tidak BUNTING
      • bunting peringkat awal / early pregnancy , kurang dari 3 minggu masih diterima
    • Bagi KUCING YANG BARU BERANAK 
      • anak mati semua —BOLEH terus di NEUTER
      • anak hidup – TUNGGU sehingga anak sekurang-kurangnya berumur 2 bulan atau anak pandai makan sendiri.
    • Mendapatkan rawatan kutu /deflea
    • Sebaiknya kucing telah mendapatkan suntikan imunisasi

  • PERSEDIAAN KUCING ANDA
    • kucing perlu DIPUASAKAN bererti
      • tidak makan bermula 12.00 malam sebelumnya 
      • tidak minum bermula 6.00 pagi 
    • Ini PENTING bagi mengelakkan komplikasi sewaktu pembedahan  
    • sekiranya anda rasa SUKAR untuk puasakan dirumah, anda digalakkan untuk menghantar kucing anda sehari sebelum- cas tambahan RM15.00 akan dikenakan 
    • kucing yang tidak dipuasakan, akan dijadualkan prosedur untuk esok – cas tambahan RM15.00 akan dikenakan 
    • HANTAR ke klinik SEBELUM jam 12.00 tengah hari, supaya anda boleh mengambilnya semula jam 5.30 petang 
    • kucing yang dihantar SELEPAS jam 12.00 tengah hari, TIDAK boleh ambil pada hari yang sama.  ambil keesokkan hari-cas tambahan RM15.00 akan dikenakan
  • PENJAGAAN SELEPAS PEMANDULAN NEUTER (PEMBEDAHAN)
    • Sekiaranya anda ambil pada HARI YANG SAMA, dan kucing and masih dibawah pengaruh ubat BIUS, SILA
      • pastikan kucing diletakkan didalam sangkar secara sendirian 
        • seekor satu sangkar — tidak bercampur dengan kucing lain 
        • ini bagi mengelakkan pergaduhan
      • tidak memberi MAKAN / MINUM sehingga benar benar pulih 100%
        • untuk mengelakan komplikasi
        • DINASIHATKAN sehingga keesokkan hari
    • Kucing JANTAN TIADA penjagaan khusus
      • kucing JANTAN boleh bermain dan kembali seperti biasa
    • Kucing BETINA memerlukan penjagaan khusus
      • Perlu dihadkan pergerakan, sebaiknya di kurung dalam sangkar
      • Memberi ubat selama 5 hari – seperti yang dinasihatkan oleh Doktor.
      • Memastikan bekas jahitan kering dan bersih

Cara memberi makan ubat boleh didapatkan di sini (akan datang)
Ini adalah garis panduan kami , ia mungkin berbeza dangan Klinik Haiwan lain.
Segala kemusykilan sila hubungi kami di sini

    Lynn Vet Clinic

     

    LYNN VETERINARY CLINIC 
     KLINIK HAIWAN LYNN  
    • merupakan sebuah klinik haiwan yang memberi fokus kepada rawatan kucing.
    • menyediakan perkhidmatan veterinar dan rawatan kesihatan  seperti
      • rawatan asas / pemeriksaan kesihatan asas
      • rawatan luka dan penyakit
      • pembedahan biasa ( Soft Tissue Surgery )
      • pembedahan tulang asas (Simple/Basic Orthopaedic Surgery)
      • pembedahan pemandulan / neuter
      • pengimejan / ultrasound
      • pemeriksaan darah (Blood Screening
      • rawatan gigi ( Denstistry)
      • dan lain lain 

    Walau bagaimanapun KLINIK HAIWAN LYNN masih menerima rawatan haiwan lain seperti anjing, burung, arnab, hamster, sugarglyder, kura-kura dan  haiwan kecil lain yang mungkin tidak dinyatakan di sini. TETAPI ia terhad untuk rawatan biasa dan rawatan harian (General Practice)

    perkhidmatan lain yang turut ditawarkan di KLINIK HAIWAN LYNN adalah seperti

    • boarding / hostel / tempat tinggal
    • mandi / grooming
    • cukur bulu / shave
    • microchiping & pet passport 
    • pendaftaran permit haiwan dibawah perhilitan  

    Anda boleh mendapatkan keterangan lanjut berkaitan  
    KLINIK HAIWAN LYNN 
    di 

    Tips-tips kesihatan penjagaan si comel anda boleh didapati dari blog