Mobile Apps : Dr Kucing

Hi pemilik kucing di luar sana…

Kami dengan berbesar hati ingin mewarwarkan kepada anda semua tentang mobile apps Dr Kucing.

Alhamdulillah atas bantuan serta  tunjuk ajar dari pihak SME CLOUD Malaysia kami berjaya melahirkan sebuah aplikasi telefon bimbit bagi pemilik dan penggemar kucing.

Sesuai dengan peredaran zaman teknologi , segala informasi dihujung jari, aplikasi yang diberi nama Dr Kucing bertujuan untuk memberi Info Kesihatan serta Tips Penjagaan kepada pemilik kucing.

Innsyaallah dari semasa ke semasa lebih banyak info akan dikongsikan kepada pemilik apliokasi ini.

Bagaimana nak install ? Mudah sahaja 
Buat masa ini aplikasi Dr Kucing hanya boleh digunakan oleh pengguna Android sahaja.

KAEDAH PERTAMA : Play Store 

Pergi ke “Play store” di telefon anda
Kemudian taip “DrKucing” pada ruang carian
kemudian “Install”
KAEDAH KEDUA : Scan QR code

Scan QR code di bawah
tetapi anda terlebih dahulu perlu mempunyai QR scanner

JAWATAN KOSONG di KLINIK HAIWAN LYNN

3 jawatan kosong  ; Kemasukan segera OGOS 2013

Jawatan 1 : Pembantu Veterinar  (TELAH DI ISI)

Kelulusan :

  • Mempunyai sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan dengan Veterinar atau Sains Haiwan
  • Atau sekurang-kurangnya sijil atau diploma kejururatan / nursing

Jawatan :  Pembantu Klinik (TELAH DI ISI)

Kelulusan :

  • Mempunyai sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan dengan Pengurusan Sains Kesihatan
  • Atau sekurang-kurangnya sijil atau diploma dalam bidang lain TETAPI mempunyai minat yang sangat tinggi dalam bidang Veterinar
  • atau ingin mencuba sesuatu yang baru TETAPI and perlulah seorang penggemar kucing

Jawatan : Pembantu Kedai Haiwan 
Kekosongan : 1 orang
Kelulusan :

  • SPM

Syarat-syarat lain:

  • tidak takut kepada haiwan terutama KUCING
  • mampu melakukan kerja dengan sendiri
  • boleh bertutur / menulis / membaca  dalam BAHASA MALAYSIA dan BAHASA ENGLISH
  • mempunyai disiplin yang tinggi

Apakah yang ditawarkan

  • potongan KWSP & PERKESO
  • insuran kesihatan bagi yang telah disahkan jawatan
  • kerja lebih masa bagi yang berminat
  • menghadiri kursus yang berkaitan
  • imbuhan gaji

sila hantarkan resume anda ke nylsay@yahoo.com
atau hubungi kami di sini